Di sini, terdapat satu tempat menarik untuk penggemar outdoor yang ekstrem iaitu wall climbing.
Baru-baru ini, Jerantut Blogger melihat beberapa anak muda mememeriahkan dinding wall climbing ini dengan aktiviti panjat-memanjat. Ingatkan sehari sahaja mereka ini menjalankan aktiviti ini, rupa-rupanya tidak, selepas seminggu, Jerantut Blogger lihat mereka masih ada di situ.
Rupa-rupanya, mereka ini adalah pengendali bertauliah yang dibenarkan oleh Majlis Daerah Jerantut untuk menyediakan perkhidmatan memanjat dinding tersebut.
Jika anda tidak pernah sekali pun membuat wall climbing, anda juga berpeluang untuk mencuba aktiviti ini.
Jangan risau, aktiviti ini dikendalikan dengan ciri-ciri keselamatan yang penuh. Contohnya, penggunaan harness (abah-abah), tali kernmantel, dan safety line (tali keselamatan tambahan).
Siapa yang boleh naik? Sesiapa sahaja yang berumur 15 tahun ke atas. Kalau berat badan berlebihan pun tak apa, kerana tali kern mantel tersebut boleh menampung berat 200 kilogram!
Kalau anda berminat, datang saja ke tapak The Malay Bazaar, Bandar Lama Jerantut, jumpa abang Azri, dan cubalah aktiviti ini sekarang!
No comments:
Post a Comment